Meta dipanggil beri penjelasan hari ini - PMO

Meta dipanggil beri penjelasan hari ini – PMO

ANWAR Ibrahim bertemu Ismail Haniyeh dalam lawatan rasminya di Qatar pada 13 Mei 2024. -PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Meta Platforms Inc (Meta) dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri, hari ini untuk memberi penjelasan berkaitan tindakan syarikat penyedia platform itu menyekat beberapa hantaran yang dimuat naik melalui akaun rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu Palestin.

Perkara itu disahkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) kepada Utusan Malaysia yang memaklumkan, pertemuan itu akan diadakan pada pukul 2 petang ini.

Selain sekatan terhadap hantaran Anwar mengenai ucapan takziah di atas kematian pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh,

sekatan turut berlaku terhadap siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin di dianjurkan di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

Sebelum ini Kementerian Komunikasi memaklumkan bahawa masih belum mendapat penjelasan lanjut daripada Meta berhubung tindakan menurunkan hantaran Perdana Menteri di Facebook dan Instagram berkaitan Almarhum Pengerusi Biro Politik Hamas.

Bagaimanapun, Menterinya, Ahmad Fahmi Fadzil berkata, tindakan menurunkan hantaran Perdana Menteri itu dipercayai dilakukan di peringkat pengurusan lebih ‘tinggi’ oleh firma media sosial tersebut.

Baru-baru ini Anwar meluahkan rasa kecewa susulan tindakan Meta yang sekali lagi memadam kandungan di laman sosial Facebook beliau berkenaan ucapan takziah kepada pejuang Palestin, Ismail Haniyeh yang dibunuh. 

Malah Anwar memberi teguran keras kepada Meta supaya tidak menjadi bacul dan menjadi perkakas kepada rejim zalim Zionis Israel. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN