Muharam adalah satu bulan yang sememangnya dinanti-nantikan penganut Islam.
Apa tidaknya, dalam bulan ini adalah bulan kebesaran bagi umat Islam.
Bagi menyemarakkan lagi bulan Muharam ini, sekolah-sekolah di seluruh Malaysia sudah pastinya akan membuat sambutan Tahun Baru Maal Hijrah.
Tema yang dipilih pada tahun ini adalah Al-Falah Pemacu Malaysia Madani.
Sekolah Kebangsaan Batu Melintang, Jeli Kelantan tidak terkecuali untuk memeriahkan bulan Muharam.
Gotong-royong menyiapkan bubur asyura adalah agenda yang sangat penting sebagai mana yang semua tahu ia adalah sebagai tanda menghayati bulan- bulan kebesaran Islam.
Pada tahun ini, Ustaz Hasmawi Hussin diamanahkan untuk menjadi pengurus kepada program yang penuh makna ini.
Beliau bersama panitia Pendidikan Islam bertungkus-lumus merancang aktiviti sejak awal lagi.
“Murid-murid turut memperingati akan permulaan tahun hijrah, mengetahui sirah penghijrahan Rasulullah dan mengeratkan hubungan silaturahim dan keakraban dengan semua,” ujar Hasmawi
Program yang mendapat sokongan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu Melintang daripada Laila Ismail yang turut sama bertungkus-lumus untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar.
Penolong Kanan Kokurikulum Mazraihan Hilmi selaku juga ternyata gembira dan teruja dengan sambutan kali ini.
“Selain aktiviti ceramah dan kuiz, perkara yang paling tidak luput dalam ingatan adalah kerjasama guru-guru sehari sebelum kejadian, ujarnya. – UTUSAN