PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, seluruh rakyat Malaysia perlu menekankan pentingnya mempertahankan kemakmuran dan keharmonian yang telah dinikmati selama ini. Katanya, selama 67 tahun, rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum, agama, dan latar belakang telah hidup dalam keadaan harmoni dan penuh toleransi. Kejayaan itu jelasnya, adalah hasil daripada kepatuhan kepada asas-asas Perlembagaan yang telah digariskan sejak kemerdekaan Malaysia. “Keadaan ini membolehkan usaha-usaha mengisi kemerdekaan dapat dilaksanakan dengan lancar, terutama dalam memacu kemajuan ekonomi negara, merapatkan jurang ekonomi antara kaum dan wilayah, serta mewujudkan perpaduan sesama rakyat,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya