Merdeka: 19 kakitangan CDC bawa semangat kemerdekaan daki Gunung Kilimanjaro

Merdeka: 19 kakitangan CDC bawa semangat kemerdekaan daki Gunung Kilimanjaro

CDC semasa sesi Flag-Off Kilimanjaro.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 19 kakitangan Commerce Dot Com (CDC) akan mendaki Gunung Kilimanjaro sempena Hari Kemerdekaan bagi simbolik kepada ketahanan, perpaduan, dan semangat kebebasan yang tidak pernah goyah dalam pembangunan negara, bermula 29 Ogos hingga 10 September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Muzafar Kamal Shahaluddin berkata, ekspedisi itu bukan sekadar pengembaraan biasa, ia adalah satu metafora mendalam tentang kecekalan, mengatasi cabaran, menerima kepelbagaian, dan berusaha mencapai kecemerlangan secara kolektif. 

Menurutnya, ekspedisi menghayati prinsip-prinsip utama Jiwa Merdeka kebebasan daripada kekangan, kekuatan dalam menghadapi kesukaran, dan perpaduan yang menjadi tunjang kepada kemajuan bersama rakyat.

“Perjalanan ini mencerminkan evolusi berterusan Malaysia, di mana kemerdekaan diraikan dengan memperkembangkan sempadan pemikiran, sambil kekal berpegang teguh kepada nilai-nilai teras.

“Ekspedisi ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dan menunjukkan komitmen syarikat terhadap kelestarian global. Ia menekankan kesihatan dan kesejahteraan (SDG 3), kepentingan pendidikan dalam kepimpinan dan semangat berpasukan (SDG 4), serta tanggungjawab terhadap alam sekitar (SDG 15). 

“Ekspedisi ini juga menyokong ekonomi tempatan dan mengukuhkan hubungan antarabangsa melalui kerjasama dengan organisasi tempatan di Tanzania,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Muzafar, perjalanan CDC ke Kilimanjaro ini lebih daripada sekadar ekspedisi ia menjadi paparan semangat mengatasi cabaran, berusaha ke arah kemajuan, dan mencapai kecemerlangan bersama ketika Malaysia menyambut Hari Kebangsaan.

“Inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan evolusi berterusan negara kita tetapi juga mengukuhkan dedikasi syarikat terhadap kakitangannya, kesejahteraan mereka dan peranan mereka dalam memacu kejayaan syarikat dan negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN