Menyamar doktor: Remaja guna MyKad ibu masuk dewan bedah

Menyamar doktor: Remaja guna MyKad ibu masuk dewan bedah

REMAJA perempuan berusia 14 tahun yang disyaki menceroboh dan menyamar sebagai doktor dibawa ke Mahkamah Majistret, Sepang. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Remaja perempuan yang ditahan kerana menyamar sebagai doktor semalam dikatakan menggunakan MyKad ibunya bagi menceroboh masuk ke dalam dewan bedah Hospital Sultan Idris Shah, Serdang (HSIS).

Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof.

“Benar (suspek guna MyKad ibunya),” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Hari ini, remaja berusia 14 tahun itu ditahan direman selama dua hari sehingga esok menerusi perintah reman dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan di Mahkamah Majistret di sini.

Tahanan reman ke atas suspek itu dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan 170 Kanun Keseksaan iaitu menceroboh dan menyamar penjawat awam.

Semalam, Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengesahkan remaja warga tempatan itu ditahan pada 9 pagi semalam di lobi HSIS di sini.

Siasatan awal mendapati, suspek telah menceroboh dewan bedah hospital dan mengaku sebagai pegawai perubatan serta mahu membantu menjalankan pembedahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN