Melbourne larang penggunaan skuter elektrik

Melbourne larang penggunaan skuter elektrik

MADRID tidak merancang memberikan lesen baharu kepada mana-mana pengendali lain.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Bandar raya Melbourne melarang penggunaan skuter elektrik serta-merta selepas beratus-ratus kemalangan dilaporkan berpunca daripada kenderaan mudah alih tersebut.

Datuk Bandar Melbourne, Nicholas Reece berkata, keputusan drastik semalam itu dibuat berikutan aduan dan kemarahan orang ramai yang bimbang dengan risiko kemalangan melibatkan skuter elektrik.

“Terlalu ramai orang menunggang skuter di laluan pejalan kaki. Ada yang tidak meletak skuter di tempat yang betul menyebabkannya jatuh dan mendatangkan bahaya kepada orang ramai,” katanya kepada stesen radio tempatan 3AW.

Melbourne merupakan bandar raya terkini di dunia yang melarang penggunaan skuter, selepas Paris pada September lalu.

Pada Februari 2022, perkhidmatan menyewa skuter diperkenalkan di Melbourne dalam satu ujian selama dua tahun bagi melihat keberkesanan kenderaan tersebut dalam memudahkan pergerakan pengguna jalan raya.

Berikutan arahan terbaharu Majlis Bandar Raya Melbourne itu, syarikat pengendali perkhidmatan sewa Lime dan Neuron diperintah memindahkan semua skuter dalam tempoh 30 hari.

Menurut kontrak, kedua-dua syarikat itu masih mempunyai enam bulan lagi untuk menyediakan perkhidmatan sewa skuter elektrik dan ia menggesa pengguna mendesak majlis bandar raya menarik balik keputusan berkenaan.

Syarikat Neuron menyatakan, pihaknya merancang untuk memasang kamera kecerdasan buatan (AI) pada skuter bagi mencegah penyalahgunaan serta sebagai langkah keselamatan. – AGENSI

 

PIX-  MELBOURNE melarang penggunaan skuter elektrik serta-merta.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN