JOHOR BAHRU: Sebanyak 192.2 tan metrik bahan kitar semula berjaya dikumpul menerusi Program Pendidikan Kelestarian LA21 Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) oleh 120 sekolah menengah dan rendah sekitar bandar raya ini. Datuk Bandar, Datuk Mohd. Noorazam Osman berkata, dalam tempoh setahun penganjuran program itu, jumlah pengurangan karbon juga meningkat kepada 459,632 kilogram (kg) tahun lalu berbanding 313,934 kg tahun sebelumnya. Katanya, sebanyak RM237,827 berjaya dijimatkan dalam kategori penjimatan air. “Peningkatan prestasi pengurangan karbon bagi komuniti 49 sekolah terlibat adalah lebih tinggi berbanding jumlah pengurangan karbon di pihak berkuasa tempatan (PBT)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya