SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tidak menafikan dakwaan rombakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) akan dilakukan, namun bergantung kepada kesesuaian tertentu yang disumbang pelbagai faktor. Beliau berkata, bagaimanapun selepas setahun pentadbiran kerajaan negeri sejak pilihan raya negeri (PRN) 2023, kesemua anggota exco itu menunjukkan prestasi yang baik, namun masih terdapat ruang untuk dipertingkatkan. Menurutnya, berita sedemikian juga perlu menjadi peringatan kepada kesemua pimpinan untuk bekerja dengan lebih baik untuk memastikan setiap yang dijanjikan itu dilaksanakan dan mencapai sasaran ditetapkan. “Kalau tanya kemungkinan, ia tetap ada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya