Mayat terapung dijumpai di perairan Teluk Bahang

Mayat terapung dijumpai di perairan Teluk Bahang

MAYAT lelaki terapung ditemui di perairan Teluk Bahang diserahkan kepada pihak polis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Pulau Pinang menjumpai mayat lelaki terapung pada kedudukan 8.9 batu nautika dari barat laut Teluk Bahang di sini, semalam.

Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Razali Kasim berkata, mayat yang tidak diketahui identiti itu ditemukan oleh pasukan bot peronda yang sedang melaksanakan perintah operasi kira-kira pukul 2.45 petang.

“Bertindak atas maklumat tersebut, sebuah lagi bot ronda Maritim telah diatur gerak ke lokasi kejadian bagi membantu proses pengambilan mayat tersebut.

“Mayat terbabit kemudiannya dipindahkan dan diserahkan kepada balai polis Teluk Bahang untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau meminta orang awam melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam NG999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN