SEREMBAN: Bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024, syarikat pemaju perumahan dan hartanah, Matrix Concepts Holdings Bhd. (Matrix Concepts) mengedarkan 5,000 helai Jalur Gemilang kepada 400 komuniti setempat dan jabatan kerajaan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chai Keng Wai berkata, selaras dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini, iaitu Malaysia Madani: Jiwa Merdeka, edaran Jalur Gemilang adalah komitmen pihaknya bersama komuniti di Bandar Sri Sendayan serta jabatan kerajaan bagi memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat. Kata beliau, antara pihak yang menerima Jalur Gemilang itu adalah Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Polis Diraja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya