Mata ini menangis, hati ini bersedih - Hana Ismail  - Utusan Malaysia

Mata ini menangis, hati ini bersedih – Hana Ismail 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail memohon doa daripada orang ramai agar urusan keluarganya dipermudahkan.

Hanna atau nama sebenarnya Nurulhana Ismail, 38, bagaimanapun reda apabila Mahkamah Sesyen hari ini memutuskan suaminya, Dai Syed dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan tiga kali sebatan kerana merogol seorang wanita lima tahun lalu.

“Alhamdulillah untuk segala nikmat yang sudah diberikan buat keluarga kecil kami.

“Pada hari Jumaat penuh barakah ini, saya dengan rendah diri ingin memohon doa dan kebaikan daripada kalian.

“Salam sayang daripada Baba Nour (Syed), Ummi Nour (Hana) dan Nour (anak),” katanya menerusi satu hantaran Instagram Story sebentar tadi. 

Malah dalam perkongsian itu, Hana turut berkongsi potongan hadis daripada Rasulullah untuk memujuk hati. 

“Mata ini menangis dan hati ini bersedih. Namun kami hanya akan menuturkan apa yang diredai Tuhan kami,” katanya yang memetik Hadis Riwayat al-Bukhari.

Untuk rekod, Hanna baru sahaja melahirkan anak sulung mereka Sharifah Fatma Nour Jamalullail, 16 hari lalu. 

Mereka berdua mendirikan rumah tangga  pada 3 Disember 2022. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya