KLUANG: Masih ramai pemilik premis di bandar ini tidak mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan sekali gus menunjukkan mereka seolah-olah gagal menjiwai semangat kemerdekaan negara. Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Kluang MPK, Azurawati Wahid berkata, surat pekeliling berkaitan pemasangan bendera mengikut ketetapan sudah pun diedarkan sejak sebulan lalu, namun masih ada lagi yang gagal melaksanakannya. Katanya, turut disarankan memasang bendera adalah di kediaman masing-masing agar sambutan Bulan Kemerdekaan ini dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. “Sebagai rakyat, kita perlu menjiwai semangat Kemerdekaan dan bangga apabila negara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya