KUALA KANGSAR: Khutbah Jumaat dicadangkan menjadi antara ruang yang boleh digunakan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pengurusan tanah pusaka. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melihat soal penerangan dan pendidikan mengenai tanah adalah kunci untuk menyelesaikan banyak perkara yang berbangkit. Beliau menyatakan cadangan itu timbul berikutan isu membabitkan tanah adalah paling banyak dihadapi pihak kerajaan negeri yang menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan di setiap daerah di Perak. “Kena didik. Ada cadangan supaya dalam Khutbah pun dimasukkan. Supaya siapa-siapa yang terlibat dengan kematian, dengan segera hendaklah menyelesaikan bicara kuasa,” katanya kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya