Masalah keluarga punca ramai lari dari rumah - KPN

Masalah keluarga punca ramai lari dari rumah – KPN

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perpecahan dan masalah dalam keluarga dipercayai menjadi punca utama kebanyakan individu lari diri dari rumah atau hilang tanpa khabar berita, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Menurut beliau, keadaan huru-hara akibat masalah keluarga juga menyebabkan mereka tertekan sehingga bertindak melarikan diri daripada keadaan tersebut.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya segera membuat laporan sekiranya ahli keluarga mereka hilang atau gagal dihubungi tanpa perlu menunggu tempoh selepas 24 jam.

Pada masa sama, beliau telah mengarahkan kepada semua Ketua Polis Negeri dan Daerah untuk menjalankan siasatan segera berkait kes orang hilang.

Menurutnya, siasatan secara menyeluruh dijalankan termasuk terhadap keluarga dan adik-beradik individu yang dilaporkan hilang.

“Polis akan terus bertindak apabila ada kehilang sesiapa sahaja samaada ahli keluarga, anak atau dewasa. Ada juga orang dewasa yang hilang akibat nyanyuk.

“Kita bukan sahaja membantu atau menyiasat. Pada masa sama kita (polis) juga membantu orang sesat di gunung cuma kurang pendedahan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kelantan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya