Markah layak naik gaji 75 peratus, naik pangkat 85 peratus  

Markah layak naik gaji 75 peratus, naik pangkat 85 peratus  

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Markah penilaian prestasi tahunan untuk layak menerima Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) naik daripada 60 peratus kepada 75 peratus. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, markah penilaian prestasi tahunan bagi urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat pula naik daripada 80 peratus kepada 85 peratus. 

“Penambahbaikan kriteria kelayakan PGT iaitu hanya pegawai yang mencapai tahap prestasi yang memuaskan dan lulus tapisan tatatertib,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 (MAPPA XIX), Perkhidmatan Awam Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya yang disiarkan secara langsung di Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam hari ini. 

Selain itu, kata Anwar, markah minimum juga akan digunakan untuk menentukan pegawai berprestasi rendah yang boleh dimasukkan ke dalam Dasar Pemisah – penamatan perkhidmatan. 

“Tempoh pemprosesan urusan di bawah Dasar Pemisah dikurangkan daripada 36 bulan kepada 18 bulan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN