KUALA LUMPUR: Pempengaruh, Marissa atau nama sebenarnya, Marissa Dania Hakim mengunci mulut berkenaan dirinya kini berbadan dua seperti yang tular baru-baru ini.
Ketika ditanya , anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim yang hadir ditemani suami, Ahmad Aslam itu tidak mengiyakan atau menafikan dakwaan sedang hamil anak sulung.
Bagaimanapun, Marissa meluahkan rasa terima kasih kepada semua yang mendoakan dirinya.
“Terima kasih yang doakan baik-baik. Itu sahaja yang saya boleh cakap,” ujarnya.
Sementara itu, Aslam turut mengunci mulut dan memaklumkan tiada apa yang mahu dikongsi.
“Tak ada apa nak dikongsi,” katanya ringkas.
Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan ramai apabila kecoh mengenai keputusan dia bernikah dengan jejaka berstatus suami orang dikenali Ahmad Aslam secara senyap Disember tahun lalu.
Lebih mengejutkan, Aslam dan Marissa didakwa bernikah secara rahsia di Thailand ketika Misya mengerjakan umrah pada 27 Disember tahun lalu.- UTUSAN