Mariah Carey hilang ibu dan kakak serentak

Mariah Carey hilang ibu dan kakak serentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Penyanyi, Mariah Carey kehilangan ibu, Patricia dan kakaknya, Alison yang meninggal dunia pada hari sama, pengujung minggu lepas.

Berita duka itu dikongsi penyanyi lagu Hero itu menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

“Dukacita dimaklumkan ibu saya meninggal dunia minggu lepas.

“Ingin dimaklumkan, kakak saya juga meninggal dunia pada hari yang sama

“Saya bersyukur kerana sempat bertemu ibu sebelum pemergiannya.

“Terima kasih atas doa anda. Saya berharap diberikan sedikit ruang sepanjang tempoh sukar ini,” umumnya.

Carey tidak berkongsi lanjut mengenai punca kematian dua orang tersayangnya itu.

Patricia, yang merupakan penyanyi opera, berkahwin dengan Alfred Roy Carey sebelum bercerai ketika Carey berusia tiga tahun.

Carey menerusi buku yang ditulisnya, The Meaning of Mariah Carey, menyifatkan hubungannya dengan mendiang sebagai rumit dan pernah renggang.

Sementara itu, Carey, menerusi buku yang sama, juga memaklumkan lama putus hubungan dengan mendiang kakaknya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya