Malaysia tuntut tindak balas konkrit antarabangsa terhadap Israel

Malaysia tuntut tindak balas konkrit antarabangsa terhadap Israel

TENTERA Israel terus bertindak kejam dengan menyerang sekolah dan pusat perlindungan sementara rakyat Palestin di Gaza. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia menuntut tindak balas lebih konkrit dan berkesan daripada masyarakat antarabangsa, khususnya mereka yang memperjuangkan peraturan perintah antarabangsa, terhadap rejim Zionis Israel.

Rejim Zionis itu masih dan terus bertekad untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai berterusan dan memusnahkan Gaza.

Ia susulan serangan terkini oleh rejim Zionis Israel yang menyasarkan dua sekolah di bawah seliaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu sekolah Hassan Salama dan al-Nasr di Gaza.

Kementerian Luar dalam kenyataan menegaskan, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan biadab tersebut mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 30 orang awam, yang majoritinya kanak-kanak, dan ramai lagi yang tercedera.

“Rejim Zionis Israel jelas menunjukkan kepada dunia keangkuhannya dengan mengabaikan seruan antarabangsa bagi gencatan senjata.

“Ia seperti yang digariskan dalam Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2735 (2024), dan untuk menghormati semua undang-undang antarabangsa, dan kemanusiaan antarabangsa, serta hak asasi manusia,” katanya hari ini.

Wisma Putra berkata, Malaysia akan terus berpegang teguh kepada komitmen terhadap perjuangan Palestin dan akan meneruskan usaha ke arah penubuhan Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.

Malaysia juga akan bekerjasama dengan negara-negara yang sepemikiran untuk kemasukan Negara Palestin ke PBB sebagai anggota penuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN