PASIR MAS: Malaysia dan Thailand bersetuju mempercepatkan pembinaan Jambatan Kedua Sungai Golok-Rantau Panjang dekat sini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut antara perkara yang dibincangkan dengan rakan sejawatan dari Thailand. Menurut beliau, pada masa sama kedua-dua negara turut bersetuju menyegerakan kerja-kerja pembersihan Sungai Golok yang akan membantu mengurangkan risiko banjir. “Bila hubungan peribadi baik, hubungan kedua-dua negara baik rakyat akan dapat manfaat,” katanya semasa berucap pada majlis makan tengah hari di Kompleks Apam Putra, di sini hari ini. – UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya