PUTRAJAYA: Kementerian Ekonomi akan membentangkan Kertas Putih Agenda Negara Menua di Parlimen pada penggal pertama tahun depan bagi merangka semula kedudukan sosial negara. Menterinya, Rafizi Ramli berkata, pihaknya sudah menyiapkan rangka kerja berkaitan itu serta pelan perancangannya bersama dengan Bank Dunia. Beliau berkata, laporan dan rangka kerja itu akan dibentangkan di Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) terlebih dahulu pada November ini. “Sebenarnya kita sudah siapkan rangka kerja negara menua. Malah, ia akan menjadi salah satu tumpuan utama dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13),” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Tinjauan Ekonomi Malaysia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya