Majikan perlu ganti cuti Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW 16 September ini - Kesuma

Majikan perlu ganti cuti Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW 16 September ini – Kesuma

Pertindihan hari kelepasan am sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) dan Hari Malaysia pada 16 September.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hari Keputeraan Nabi Muhammad atau Maulidur Rasul yang jatuh pada 16 September ini boleh digantikan kepada keesokannya atau tarikh lain kerana bertindih dengan Hari Malaysia.

Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dalam kenyataan memaklumkan, Hari Malaysia merupakan hari cuti umum yang wajib diberikan kepada pekerja dan tidak boleh diganti dengan tarikh lain.

“Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W merupakan hari cuti umum pilihan,” katanya.

Menurutnya, mana-mana majikan sektor swasta yang memilih cuti Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W sebagai hari kelepasan am, syarikat hendaklah menggantikan cuti tersebut pada hari Selasa, 17 September 2024 sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 60D(1) Akta Kerja 1955.

“Walaubagaimanapun majikan boleh dengan persetujuan pekerja untuk menggantikan cuti Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW tersebut pada hari lain (selain 17 September 2024) sebagaimana peruntukan seksyen 60D(1A) Akta Kerja 1955,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN