KUALA LUMPUR: Sebanyak 25 unit pangsapuri didiami warga asing termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI) di Segambut dekat sini dipercayai disewa majikan masing-masing digempur Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), tengah malam tadi. Serbuan bermula pukul 12.15 tengah malam itu dijalankan susulan aduan awam dan hasil risikan selama dua minggu. Seorang warga Pakistan berusia lingkungan 40-an yang ditahan mendakwa dia menginap di unit pangsapuri itu bersama lapan rakan lain. “Kami tidak bayar sewa, bos bayar. Kami datang duduk sini sahaja,” katanya. Beberapa unit kediaman yang disewa itu berada dalam keadaan tidak teratur…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya