MAIWP bakal buka pusat hemodialisis baharu jika pesakit asnaf bertambah

MAIWP bakal buka pusat hemodialisis baharu jika pesakit asnaf bertambah

MOHD Na’im Mokhtar menandatangi plak pada Majlis Perasmian Pusat Hemodialisis MAIWP Picoms Cawangan Putrajaya & Cawangan Labuan- UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersedia membuka pusat hemodialisis yang baharu sekiranya jumlah pesakit dari kalangan asnaf bertambah.

Demikian jaminan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar ketika ditanya pemberita mengenai perancangan agensi berkenaan.

“Insya-Allah kita memang ada usaha untuk tambah lagi cawangan terutamanya di Kuala Lumpur namun bergantung juga kepada kedudukan kewangan MAIWP sendiri,” katanya.

Terdahulu, beliau merasmikan Pusat Hemodialisis MAIWP-Picoms cawangan terbaharu di sini hari ini yang juga merupakan keempat selepas tiga premis sedia ada di ibu negara.

Pusat berkenaan yang mendapat kerjasama Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP, boleh memuatkan 36 katil untuk pesakit buah pinggang dari sekitar Putrajaya dalam satu masa.

Mengulas lanjut, Mohd. Na’im berkata, inisiatif MAIWP itu yang bermula sejak 2012, pada masa ini sudah memanfaatkan 178 pesakit dengan peruntukan RM600,000 setiap bulan.

“Kami malah sudah buka di Labuan kerana ada permintaan tinggi ekoran Hospital Labuan memang amat ramai pesakit dan ada pula terpaksa pergi jauh ke Kota Kinabalu,” jelasnya.

Justeru, beliau mengharapkan umat Islam di Wilayah Persekutuan agar terus menunaikan tanggungjawab dalam isu pembayaran zakat untuk membantu operasi kesemua pusat itu.

“Secara purata, pihak MAIWP menanggung kos bagi seorang pesakit sebanyak RM280 untuk sekali datang ke pusat hemodialisis berkenaan termasuk ubat,” tambahnya.

Malahan beliau memaklumkan bahawa agensi tersebut juga menyediakan pengangkutan percuma dari rumah pesakit ke premis berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya