Mahu ‘bedah’ pesakit, remaja menyamar doktor ditahan polis

Remaja menyamar doktor mahu ‘bedah’ pesakit telah ditahan polis

doktor
WAN KAMARUL AZRAN WAN YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Mahu menjalankan prosedur pembedahan dengan menyamar sebagai pegawai perubatan, seorang remaja perempuan ditahan polis di Hospital Sultan Idris Shah di Serdang, Selangor.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, dalam kejadian pukul 1 petang semalam, kakitangan hospital menyedari ‘kehadiran’ remaja berusia dalam lingkungan 14 tahun dalam sebuah dewan bedah.

Katanya, pihaknya menerima laporan daripada kakitangan hospital itu berkaitan remaja bErkenaan yang mengaku sebagai pegawai perubatan dan mahu menjalankan pembedahan.

“Pihak hospital mengenal pasti kehadiran perempuan berkenaan pada pukul 8.30 pagi tadi iaitu individu sama cuba mendaftarkan diri di kaunter dengan menggunakan identiti palsu.

“Pihak hospital terus menghubungi pihak polis dan tangkapan dilakukan pada pukul 9 pagi tadi di lobi hospital tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menerusi tangkapan itu, polis mengesahkan turut merampas sehelai baju scrub, seluar scrub dan lanyard hak milik hospital itu.

Jelas Wan Kamarul Azran, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan / 170 Kanun Keseksaan iaitu menceroboh dan menyamar penjawat awam.

“Jika sabit kesalahan hukuman bagi menceroboh boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.

“Manakala hukuman bagi menyamar penjawat awam pula ialah pemenjaraan dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Polis pada masa sama menasihatkan orang ramai tidak menimbulkan apa-apa spekulasi serta tidak berkongsi berita tidak benar berkenaan kejadian ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN