M Rizal meninggal dunia di sisi isteri, anak

M Rizal meninggal dunia di sisi isteri, anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi veteran, M Rizal dilaporkan meninggal dunia akibat ulser perut, pukul 10.50 malam tadi.

Menurut anaknya, Roy Faisal, 41, sebelum meninggal, Juara Bintang RTM 1979 itu hilang selera makan dan hanya mampu menelan ‘nestum’.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Damai Jaya, Skudai, Johor Bahru, di sini isteri, Salmah Musa dan anak-anaknya.

Sebelum ini, Allahyarham dilaporkan mengalami sakit gaut dan pernah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Semasa hayatnya, Allahyarham menyanyikan lagu popular seperti Hatiku Menangis Kernamu, Usah Kau Rayu Padanya yang juga lagu runut bunyi (OST) untuk filem Sumber Ilhamku.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN