Lumpuh, tidak halang cemerlang SPM

Lumpuh, tidak halang cemerlang SPM

NUR Yasmin Insyirah Basharizal menerima Anugerah Pencapaian Murid Berkeperluan Khas SPM 2023 pada Majlis Apresiasi Akademik Negeri Perak 2023 di Ipoh baru-baru ini. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Lumpuh sejak berusia sembilan bulan bukan halangan buat Nur Yasmin Insyirah Basharizal, 18, yang berjaya dalam pelajaran malah cemerlang dengan keputusan 8A 1C dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diumumkan baru-baru ini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perak di Parit Buntar itu berkata, walaupun bergerak menggunakan kerusi roda, keadaan itu tidak mengganggu pelajarannya.

“Saya belajar sekurang-kurangnya empat jam di rumah walaupun pergerakan saya terbatas. Saya banyak belajar sambil berbaring kerana saya menggunakan teknik menghafal lebih daripada membuat nota atau latihan,” katanya.

Nur Yasmin Insyirah merupakan antara pelajar yang menerima Anugerah Pencapaian Murid Berkeperluan Khas SPM 2023 pada Majlis Apresiasi Akademik Negeri Perak 2023 di sini baru-baru ini.

Anugerah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah.

Menurutnya, dia akan menyambung pengajian di peringkat diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan di Universiti Teknologi MARA (UiTM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN