‘Little Danok’ di Langkawi kena serbu - Utusan Malaysia

‘Little Danok’ di Langkawi kena serbu

WANITA warga asing yang ditahan dalam Op Gegar di sebuah pusat hiburan bergelar 'Little Danok' di Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sebuah pusat hiburan yang menawarkan layanan Istimewa ala ‘Little Danok’ daripada wanita warga Thailand di Langkawi diserbu Jabatan Imigresen (JIM) Kedah semalam yang turut menahan seramai 33 pelayan.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohd. Ridzzuan Mohd. Zain berkata, operasi bermula pukul 11.30 malam itu dibuat di premis kedai dua tingkat yang diubahsuai sebagai pusat hiburan yang menawarkan gadis-gadis sebagai pelayan (GRO).

“Lokasi premis yang berada di tengah pusat bandar ini adalah strategik bagi menarik pengunjung lelaki yang inginkan ‘layanan istimewa’.

“Seramai 43 individu terdiri daripada 20 lelaki dan seorang wanita tempatan serta 21 perempuan dan seorang lelaki warga asing diperiksa dalam Op Gegar ini.

“Daripada jumlah itu, seramai 21 orang yang terdiri daripada wanita Thailand berumur di antara 19 hingga 38 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Ridzzuan menambah, pihaknya turut membuat pemeriksaan di beberapa lagi lokasi lain serta berjaya menahan seramai 12 warga asing pelbagai warganegara di pulau peranginan itu.

“Tindakan penguatkuasaan ini diambil susulan aduan awam berhubung warga asing yang disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral yang berselindung di sebalik pusat hiburan di kawasan tumpuan pelancong yang dipercayai menyalahgunakan Pas Lawatan (Sosial) serta tidak memiliki pas atau dokumen pengenalan diri yang sah.

“Antara kesalahan yang dikenalpasti adalah pelanggaran syarat pas, tiada dokumen pengenalan diri yang sah, kesalahan tinggal melebihi masa serta lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN