TELUK INTAN: Seorang lelaki yang ditahan sebelum ini kerana menyerang dan mencederakan seorang pegawai dan anggota polis dengan parang, dihadapkan ke dua mahkamah berasingan hari ini. Tertuduh, Lok Yik Hoong, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas empat pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin dan Majistret T. Ashvinii. Di Mahkamah Sesyen, tertuduh yang juga seorang duda itu didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas Mohd. Rasyidi Che Ross, 42, menggunakan senjata berbahaya yang mungkin menyebabkan kematian iaitu sebilah parang. Dia didakwa melakukan kesalahan itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya