SHAH ALAM: Penyamun yang menghayun kayu dekat sebuah kereta dalam cubaan menyamun seorang juruteknik dekat kawasan stesen minyak Lebuhraya Shah Alam (Kesas) pada minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Bagaimanapun, tertuduh, G. Nagendaran, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu. Berdasarkan pertuduhan, Nagendaran, 32, didakwa melakukan khianat dengan merosakkan cermin kereta jenis Toyota Estima milik seorang wanita berusia 37 tahun dekat luar sebuah stesen minyak di Lebuhraya Kesas, Subang Jaya dekat sini kira-kira pukul 1 pagi, 7 Ogos lalu. Justeru, dia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya