KUALA KANGSAR: Seorang lelaki rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Baru Liman Kati, di sini hari ini. Mangsa yang maut dikenali sebagai Ng Hock Peng berusia 36 tahun. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Ahmad Izuwan Zakaria berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan pada pukul 1.10 pagi. Katanya, kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas C yang musnah terbakar dianggarkan sebanyak 90 peratus “Operasi segera dijalankan dengan menggunakan tiga aliran hos dari tangki jentera dan pili bomba sehingga kebakaran dapat dipadamkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya