Lelaki Itali ditahan mencuri di KLIA Terminal 2

Lelaki Itali ditahan mencuri di KLIA Terminal 2

AZMAN SHARI'AT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang lelaki warga Itali ditahan selepas didapati mencuri ubat di sebuah kedai kecantikan dan kesihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 di sini, petang semalam.

Dalam kejadian pukul 5.20 petang itu, suspek berusia 58 tahun dikatakan beredar dari premis itu tanpa membayar barangan yang diambilnya.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Azman Shari’at berkata, tindak tanduk suspek dirakam menerusi sistem rakaman litar tertutup (CCTV) premis sebelum laporan polis dibuat.

Beliau berkata, suspek dilihat mengambil sekotak ubat Fluimucila berharga RM45.90 dan sekotak ubat Gaviscon berharga RM29.52 sebelum keluar tanpa membuat bayaran.

“Pengadu yang juga pekerja premis telah memaklumkan kepada pengurus kedai dan mengarahkan untuk membuat laporan polis.

“Berdasarkan maklumat dan dipandu arah oleh pengadu, pegawai penyiasat bersama anggota detektif telah menangkap suspek yang sedang berada di aras dua lapangan terbang itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pihaknya berjaya merampas semula sekotak ubat Fluimucila 600mg, sekotak ubat Gaviscon dan satu beg bewarna kelabu dengan anggaran keseluruhan RM75.42.

Azman berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

“Suspek kini ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga Khamis ini bagi membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN