Lelaki ditahan ugut, pecahkan cermin kenderaan penghantar barang

Lelaki mengamuk, pecahkan cermin kenderaan penghantar barang ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Polis menahan seorang lelaki selepas bertindak mengugut dan memecahkan cermin kereta seorang penghantar barang dalam kejadian khamis lalu.

Penahanan itu dibuat selepas satu laporan polis dibuat mangsa berusia 25 tahun pukul 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, bertindak atas maklumat orang ramai, suspek berusia 54 tahun itu ditahan di kawasan Kajang pada hari sama kejadian berlaku.

Kata beliau, hasil daripada itu, topi keledar yang digunakan sebagai senjata oleh suspek telah dirampas.

“Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau.

“Suspek direman selama empat hari sehingga Isnin ini bagi melengkapkan siasatan selain bagi mengetahui punca sebenar kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Naazron, kes disiasat di bawah Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Ujar beliau, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga setahun dan tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut atau saksi kejadian diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan.

“Mereka juga boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat, Sarjan Mohd Shafiq Zahari di talian 011-11244128,”katanya.

Beliau juga menasihati masyarakat untuk sentiasa tenang dalam menyelesaikan apa jua permasalahan dan tidak mengambil tindakan yang melanggar undang-undang negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN