Lebih 7,000 penjawat awam berkumpul di PICC dengar berita baik kenaikan gaji

Lebih 7,000 penjawat awam berkumpul di PICC dengar berita baik kenaikan gaji

SEBAHAGIAN penjawat awam berkumpul di PICC Putrajaya bagi majlis MAPPA ke-19. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lebih 7,000 penjawat awam berkumpul di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bagi mendengar pengumuman penting berhubung kenaikan gaji kumpulan perkhidmatan awam itu.

Penantian sedekad 1.6 juta penjawat awam itu akan disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-19 yang dijangka pada pukul 10 pagi ini.

Pengumuman ini pastinya mengujakan kerana kali terakhir kadar gaji penjawat awam dinaikkan adalah pada 2013, iaitu membabitkan pemberian satu kenaikan gaji tahunan (KGT) antara RM80 hingga RM320.

Gambaran umum yang diberikan sebelum ini adalah penjawat awam dalam kalangan kumpulan pelaksana dijangka menikmati kenaikan gaji melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sehingga 42.7 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN