SHAH ALAM: Laporan bedah siasat jenazah abang kepada penyanyi, Aufahanie, Nidza Afham yang ditemukan terapung berhampiran Jambatan Kota, Sungai Klang akan diketahui pada petang ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya menunggu laporan tersebut untuk menentukan jika terdapat sebarang unsur jenayah dikaitkan dengan kejadian tersebut.
Terdahulu, jenazah Nidza Afham atau nama sebenarnya Muhammad Nidza Afham Mokhtar dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.
Kelmarin, lelaki berusia 23 tahun itu dilaporkan hilang apabila gagal dihubungi selepas keluar dari rumah untuk beriadah di Stadium Sultan Sulaiman, Klang. – UTUSAN