SK Bandar Tun Hussein Onn 2 lambang persahabatan negara

Lambang persahabatan pelajar antara dua negara

WAKIL daripada Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 dan Sembawang Primary School bergambar bersama-sama pada program yang berlangsung di Cheras baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tun Hussein Onn 2 baru-baru ini menjalankan aktiviti yang melibatkan guru dan murid dalam penerapan nilai kewarganegaraan sejagat.

Program seumpama itu dapat memberi ruang dan peluang untuk sekolah berinteraksi dalam semangat kebersamaan serantau yang melibatkan dua buah sekolah melibatkan dua negara yang berjiran.

Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 berusaha menjalinkan hubungan persahabatan secara rasmi dengan sekolah Sembawang Primary School, Singapura dalam berkongsi idea kepada pelajar.

 

Murid-murid daripada dua buah negara iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2 dan Sembawang Primary School itu mengadakan beberapa aktiviti yang berkaitan dengan kesefahaman dan persahabatan melalui program persahabatan yang telah dilaksanakan.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah menanam pokok persahabatan.

Simbolik kepada program itu adalah agar satu jalinan persahabatan yang utuh pada masa hadapan dengan menjadikan pokok sebagai satu simbolik. Ini kerana dengan menanam pokok tersebut, maka terjalin persahabatan yang jarang dapat diberikan kesempatan oleh mana-mana pihak bersahabat.

Persahabatan yang lahir daripada kesedaran bahawa kedua-dua perlu ber tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam melahirkan generasi yang hebat pada masa hadapan.

Penglibatan murid murid dalam program jalinan kerjasama turut mendapat bimbingan dan perhatian daripada barisan pentadbir kedua -dua buah sekolah serta guru -guru yang turut sama memberikan galakan dan panduan dalam memastikan elemen kesejagatan dan kelestarian alam sekitar dapat terus diterapkan dalam hati dan sanubari murid -murid daripada kedua-dua buah sekolah.

Kedua-dua buah sekolah mengambil bahagian dalam program kerjasama persahabatan dua negara dengan menyemai sikap empati kepada murid-murid dan memelihara alam sekitar.

Program tersebut juga mampu memberikan erti sebenar pembelajaran secara hands on kepada murid -murid. Dengan cara ini pelajar dapat memperoleh pengalaman yang berbeza serta aktiviti yang dipraktikkan secara realiti dalam bidang pendidikan.

Dengan harapan bahawa persahabatan yang telah terjalin maka wajarlah disemai dengan nilai nilai kasih sayang dan saling hormat menghormati di antara satu sama lain.

Elemen kewarganegaraan sejagat yang mahu diterapkan agar generasi masa kini tahu akan tanggungjawab dan peranan mereka dalam menjaga keindahan alam sekitar sebagai salah satu daripada elemen sejagat.

Walaupun mereka datang daripada latar belakang yang berbeza, elemen ini mampu memberi kesedaran bahawa generasi masa kini harus belajar untuk menjaga kelestarian alam sekitar dan sumber daya bumi yang ada untuk sentiasa dipelihara

Penglibatan murid murid dalam program jalinan kerjasama turut mendapat bimbingan dan perhatian daripada barisan pentadbir kedua -dua buah sekolah serta guru -guruyang turut sama
memberikan galakan dan panduan dalam memastikan elemen kesejagatan dan kelestarian alam sekitar dapat terus diterapkan di dalam hati dan sanubari murid -murid daripada Sekolah Kebangsaan

Maka persahabatan antara Sekolah Bandar Tun Hussein Onn 2 dan Sembawang Primary School, memberi erti sebenar pembelajaran secara hands on kepada murid -murid dalam menjalani suatu pengalaman yang sukar diperoleh apabila melibatkan dua buah negara yang berbeza.

Pelajar dapat memperolehi pengalaman yang berbeza serta aktiviti yang dipraktikkan secara realia dalam hemat bidang pendidikan.

Legasi persahabatan kekal terjalin

Tetamu datang membawa rahmat, maka mereka perlu diraikan dan diberikan layanan yang sebaik mungkin.

Itulah budaya masyarakat Malaysia yang sekian lama diamalkan oleh nenek moyang kita dalam meraikan tetamu. Semangat ini akan kekal segar sebagai latihan kepada masyarakat madani.

Dengan kejayaan program antara sekolah kedua-dua negara, lebih banyak potensi yang boleh diterokai dengan menerapkan elemen kebersamaan sebagai salah satu daripada elemen pendidikan kewarganegaraan sejagat.

Penerapan nilai-nilai yang menjadi faktor utama kemenjadian murid dalam pelbagai aspek lahir daripada kesedaran bahawa program seumpama itu mampu memberikan lebih banyak ruang dan peluang untuk setiap individu bagi menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman yang bakal diperoleh.

Semoga program tersebut dapat dilaksanakan dalam rangka yang lebih luas bagi melahirkan individu yang lebih peka dan empati dengan situasi semasa keperluan masa kini dalam lapangan pendidikan.

Ini memerlukan individu yang cekal dan kental dengan pelbagai kejayaan dalam lapangan pendidikan.

Pendidikan dapat mengubah persepsi dan melahirkan potensi individu ke tahap yang lebih tinggi. —UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN