KUALA LUMPUR: Pelakon, Fazziq Muqris, 24, menolak persepsi sesetengah pihak yang mengaitkan penurunan berat badannya dengan pengambilan Ozempic (suntikan anti obesiti). Penyampai radio Era itu memaklumkan, perubahan fizikalnya tidak berkaitan dengan pengambilan bahan-bahan tertentu, sebaliknya disebabkan rutin senaman dan kawalan pemakanan harian yang konsisten. “Saya tidak nafikan, memang ada individu yang sarankan saya ambil bahan-bahan tertentu untuk kurus dengan cepat. “Tapi saya tolak. Kenapa perlu saya ambil benda-benda begitu. Selain mahal, kita tak tahu sama ada bahan-bahan itu selamat diambil atau pun tidak,” katanya yang ditemui ketika majlis Astro Wrap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya