Taavekun Manufacturing sasar jualan RM60 juta

Taavekun Manufacturing sasar jualan RM60 juta

MD. Fadzilah Ariffin (kanan) bersama pensyarah, Profesor Dr. Che Radziah Che Mod Zain (dua dari kiri) dari Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat Taaveekun Manufacturing Sdn Bhd (Taaveekun Manufacturing) sasar jualan sehingga RM60 juta menjelang akhir tahun ini berbanding lebih RM50 juta pada tahun lalu.

Presiden Kumpulan Taaveekun, Md. Fadzilah Ariffin berkata, peningkatan sasaran ini susulan kerjasama Taaveekun Manufacturing Sdn. Bhd. (Taaveekun Manufacturing) dengan syarikat pemula berinovatif di bawah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pertanian Bersih Sdn. Bhd. 

Beliau menjelaskan, kerjasama tersebut memberi fokus kepada penyelidikan berasaskan harta intelek UKM iaitu teknologi pertanian bersih (CAT) dalam menjalankan amalan pertanian bagi mengekalkan kelestarian rantaian nilai pertanian.

Katanya, kerjasama itu juga sekali gus memberi pengiktirafan terhadap teknologi dan amalan pertanian syarikat berkenaan. 

“Kerjasama strategik antara kami dalam bidang kajian dan pembangunan bagi menuju ke arah pertanian lestari dengan memfokuskan kepada penyelidikan berasaskan harta intelek UKM iaitu CAT.

“CAT adalah sistem pertanian yang selamat dan bersepadu yang menggabungkan bahan dan kaedah pertanian berasaskan pengetahuan saintifik dan diaplikasikan pada peringkat awal Rantaian Nilai Asas Tani.

“Ia adalah untuk meningkatkan hasil dan kualiti hasil pertanian di samping mengekalkan keharmonian tanah, tumbuhan, alam sekitar dan biodiversiti,” katanya dalam satu kenyataan.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya