Kumpulan pelaksana naik gaji 42.7 peratus

Kumpulan pelaksana naik gaji 42.7 peratus

gaji
Penjawat awam dari kumpulan pelaksana di­jangka menikmati kenaikan gaji sehingga 42.7 peratus menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penjawat awam dari kumpulan pelaksana di­jangka menikmati kenaikan gaji sehingga 42.7 peratus menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Jurucakap Kerajaan Perpa­duan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diumumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri di­pengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, semalam.

Fahmi yang juga Menteri Komu­nikasi berkata, bermu­la minggu hadapan, setiap pen­jawat awam akan mendapat gam­baran secara umum pening­katan gaji masing-ma­sing yang dijangka antara 15 hingga 42.7 peratus.

Beliau berkata, peningkatan ini (kadar gaji baharu) bagi kumpulan pelaksana adalah paling tinggi manakala, bagi kumpulan penjawat awam seperti Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah pula adalah lebih sederhana.

“Untuk perincian terutama dari aspek jumlah yang perlu diperuntukkan bagi kenaikan gaji bagi penjawat awam, akan dapat kita teliti dalam dokumen Belanjawan 2025 nanti.

“Namun, mesyuarat Jemaah Menteri semalam diingatkan ada beberapa aspek yang melibatkan implikasi kewangan. Perkara itu bukan hanya perlu dibawa ke Jemaah Menteri tapi juga dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober nanti di Parlimen,” katanya pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet semalam.

Katanya, SSPA ini adalah usaha Kerajaan Madani untuk memastikan penjawat awam menikmati kenaikan pendapatan.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) juga mengumumkan pendaftaran bagi syarikat yang ingin turut serta dalam program Dasar Gaji Progresif.

Katanya, sekiranya ada syarikat swasta yang belum dan ingin mendaftar program itu boleh berhubung dengan Kesuma.

“Jadi, kita lihat usaha Kerajaan Madani bukan sahaja berusaha meningkatkan gaji penjawat awam tapi juga membantu sektor swasta meningkatkan pendapatan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, mekanisme pelarasan gaji penjawat awam itu akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-19 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pukul 8 pagi, 16 Ogos ini.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan terkini insiden protes di United Kingdom (UK) akibat penyebaran berita palsu, Fahmi berkata, kerajaan mengambil maklum isu tersebut dan ia memberi kesedaran kepada Malaysia bahawa sebaran berita palsu tidak boleh dipandang secara sambil lewa.

Katanya, negara ini pernah digemparkan dengan masalah penyebaran berita palsu setelah selesai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 2022.

“Selepas tamat PRU15 pada 2022, berlaku penyebaran yang agak meluas dalam beberapa platform media sosial yang agak ekstem dan bersifat isu 3R (kaum, agama, raja).

“Di Malaysia sekurang-kurangnya kita telah mengadakan banyak perbincangan dengan platform media sosial untuk pastikan mereka juga bersifat proaktif dan membantu untuk mengekang penularan berita palsu teritama berita yang berkait isu 3R,” katanya.

Fahmi menjelaskan, insiden di UK berpunca daripada fitnah tersebar yang mengaitkan individu beragama Islam dan pemohon suaka melakukan jenayah pembunuhan sedangkan individu itu dilahirkan di UK. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN