Korekan di lokasi GPS kesan ada `objek’ tidak temui mangsa tanah jerlus

Korekan di lokasi GPS kesan ada `objek’ tidak temui mangsa tanah jerlus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang penemuan baharu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah jerlus melibatkan wanita warga India di Jalan Masjid India di sini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan berkata, penemuan negatif itu hasil kerja pengorekan oleh pasukan SAR dengan kedalaman satu hingga dua meter yang berskala kecil di lurang kumbahan satu atau ground zero.

“Korekan dibuat setelah Ground Penetrating Radar (GPR) mengesan kemungkinan terdapat objek anomali (kelainan) berada di satu meter bawah tanah dalam kawasan ground zero.

“Aktiviti korekan dijalankan sedalam 1.5 meter secara manual shoring (sistem sokongan sementara) oleh pasukan namun penemuan adalah negatif,” katanya.

Menurutnya, kerja – kerja pengorekan manual dihentik⁵an kira-kira pada pukul 10.15 malam.

DBKL semalam menerusi kenyataan memaklumkan pasukan SAR meneruskan operasi sehingga 4 pagi.

Kenyataan itu berkata, operasi memfokuskan pencarian menggunakan alat Radar Menembusi Tanah atau Ground Penetration Radar (GPR).

Pada masa sama, katanya, pihak Indah Water Konsortium (IWK) turut masih melakukan kaedah ‘jetting’ dan ‘rodding’ bagi membersihkan halangan dalam saluran paip kumbahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya