KKM kesan 31 kes disyaki mpox, 25 disah negatif

KKM kesan 31 kes disyaki mpox, 25 disah negatif

DZULKEFLY Ahmad bersama Fahmi Fadzil menyaksikan Majlis Menandatangani MoU diantara KPJ Healthcare Berhad dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada program MIH Megatrends 2024 di KKM, Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebanyak 31 kes disyaki cacar monyet atau mpox sehingga semalam, dengan 25 kes disahkan negatif, manakala enam lagi masih dalam pemantauan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, bagaimanapun sehingga kini tiada kes baharu membabitkan mpox dilaporkan.

“Kes mpox kekal sembilan kes, dari Disember 2023 hingga sekarang, tiada kes baharu (dilaporkan),” katanya.

Dzulkefly berkata demikian menerusi sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefaham (MoU) antara KPJ Healthcare dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sempena Malaysia International Healthcare (MIH) Megatrends 2024 di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, Persidangan Kesihatan MIH Megatrends 2024 yang akan berlangsung pada 25 Oktober depan dijangka menjadi asas penting bagi mengukuhkan kerjasama awam-swasta (public-private partnership) sebagai daya penggerak utama dalam landskap persidangan perubatan.

Menurutnya, kerjasama awam-swasta berfungsi sebagai alat penting untuk memanfaatkan kekuatan dan kapasiti kedua-dua sektor, terutamanya dari segi sumber dan kepakaran yang membantu memberikan penyelesaian penjagaan kesihatan optimum, mampan dan holistik bagi memenuhi keperluan populasi yang lebih besar.

“Tahap peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes dan kanser, yang juga dikenali sebagai wabak NCD, merupakan faktor utama yang secara kumulatifnya menyumbang kepada beban penyakit yang membimbangkan serta memberi kesan kepada sistem penjagaan kesihatan Malaysia.

“Strategi untuk menangani cabaran ini termasuklah memperbaiki perkhidmatan penjagaan utama dan memberi prioriti kepada inovasi berasaskan data, satu pendekatan yangsedang giat diusahakan oleh KKM melalui agenda pendigitalannya.

“Melangkah ke hadapan, kami percaya MIH Megatrends 2024 akan membuka jalan untuk pemeteraian kerjasama menuju kesihatan yang lebih baik untuk semua, terutamanya melalui pendekatan inovatif dan terancang dalam menangani cabaran kesihatan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya