Khadijah Ibrahin tolak tawaran buat konsert, fokus misi Karyawan - Utusan Malaysia

Khadijah Ibrahin tolak tawaran buat konsert, fokus misi Karyawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi legenda, Datuk Khadijah Ibrahim, 64, memaklumkan belum bersedia untuk melakukan sebarang konsert buat masa ini.

Kata Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) itu, beliau pada masa sekarang hanya mahu memberi tumpuan kepada kerja-kerja menggerakkan persatuan tersebut.

Justeru katanya, membuat konsert sendiri bukan perancangan dalam masa terdekat.

“Misi saya sekarang adalah untuk bantu kumpul dana bagi Karyawan, untuk bantu komuniti seni kita. Bila misi itu tercapai, barulah saya akan fikirkan pasal konsert saya.

“Lagi pula, saya pun tidaklah tinggalkan terus pentas persembahan, ada juga menyanyi dalam sesi pembuka acara.

“Jadi, biarlah saya fokus kepada misi Karyawan terlebih dahulu. Bila tiba masanya nanti, saya fikirkan (konsert),” katanya.

Khadijah berkata demikian pada sidang media Konsert Telan Kaset 90-an, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, penyanyi yang mesra disapa sebagai Ibu Khaty itu memaklumkan ada didekati penganjur yang berminat untuk menganjurkan konsertnya.

“Buat masa ini saya terpaksa tolak.

“Freddie Fernandez antara yang berminat anjurkan konsert saya, tapi saya kata kepada dia, tidak.

“Selesaikan misi kita di Karyawan terlebih dahulu. Apabila sudah tercapai misi itu, barulah kita buat. Konsert yang terbaik,” kongsinya.

Sementara itu, Khadijah memaklumkan beliau berhasrat untuk menghadiahkan peminat konsert istimewa satu masa nanti.

“Saya tidak mahu ulang konsert yang sudah dibuat penyanyi-penyanyi lain. Bila masanya tiba, saya akan persembahkan konsert yang belum pernah orang kita tengok.

“Impian itu memang ada. Tapi bukan dalam masa terdekat, mungkin selepas dua tahun kedepan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya