Kes Muhyiddin: Laporan dibuat Istana Pahang, bukan kerajaan

Kes hasutan Muhyiddin: Laporan dibuat Istana Pahang, bukan kerajaan

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak masuk campur, malah tidak terlibat dalam membuat laporan polis berhubung kes hasutan membabitkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya, Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, kes itu diambil tindakan selepas laporan dibuat oleh wakil Istana Pahang.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, siasatan dilakukan oleh polis dan pendakwaan dibuat berdasarkan siasatan tersebut. 

“Kerajaan tidak terlibat sama sekali. Ada tohmahan dan dakwaan mengenai perkara itu. Namun, apa yang penting adalah laporan asal dari Istana Pahang.

“Ia sama seperti kes hasutan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mana laporan polis dibuat wakil Istana Selangor.

“Dua-dua kes hasutan ini melibatkan isu 3R (kaum, agama, raja) dan ia laporan polis dari wakil istana serta tiada kaitan dengan kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ditanya sama ada kerajaan mahu meminda Akta Hasutan itu susulan wujud beberapa kritikan sebelum ini, Fahmi berkata, ia belum dibincangkan ketika ini dan perkara itu boleh dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang & Reformasi Institusi).

“Kita semua sedia maklum dalam kes Raja-Raja Melayu terutamanya, mereka tiada forum untuk jawab tohmahan, berdebat seperti Ahli Parlimen, politik atau orang awam. Jadi di situ pemikiran atau pendirian kerajaan dalam hal ini kita perlu pastikan institusi Raja-Raja bukan hanya berdaulat tapi dipertahankan. 

“Maka fungsi itu boleh dilaksanakan melalui undang-undang termasuk Akta Hasutan,” katanya.

Semalam, Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen Gua Musang atas pertuduhan mengeluarkan perkataan menghasut di Felda Perasu, 14 Ogos lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya