Kes kematian akibat bunuh diri meningkat 1,087 kes

Kes kematian akibat bunuh diri meningkat 1,087 kes, beri sokongan mereka berisiko

LUKANISMAN AWANG SAUNI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kes kematian bunuh diri di negara ini didapati meningkat 10 peratus dengn 1,087 kes direkodkan pada tahun lalu brbanding 981 kes pada 2022 sebagaimana rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM).

TImbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, faktor-faktor yang menyumbang kepada tingkah laku bunuh diri adalah multifaktorial dan kompleks, seperti isu psikososial dan persekitaran atau masalah kewangan (kehilangan sumber pendapatan atau pekerjaan).

Katanya, ini termasuk faktor penyakit mental seperti kemurungan atau penyakit mental lain, selain kurang sokongan sosial dan penyalahgunaan substans.

“Kita semua mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk mencegah tingkah laku bunuh diri. Sikap prihatin, empati dan peduli terhadap orang-orang di sekeliling dapat membantu mereka yang berisiko tampil mendapatkan bantuan.

“Kita perlu memberikan ruang dan peluang untuk mereka berkongsi perasaan dan masalah mereka tanpa menghakimi mereka, bukan sahaja diberi sokongan fizikal, malah sokongan emosi dan psikosial untuk mereka mengatasi cabaran dan krisis yang mereka hadapi,” katanya dalam sidang akhbar selepas sesi taklimat media berkaitan kesihatan mental dan Program MySAVE serta Pelaporan Media Selamat dan Bertanggungjawab di sini hari ini.

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan sebanyak 703,000 kematian akibat bunuh diri berlaku di dunia setiap tahun dengan purata satu kematian setiap 40 saat.

Bunuh diri berada di antara 10 penyebab utama kematian di dunia, dan penyebab keempat kematian bagi mereka yang berumur 15 hingga 29 tahun dan bagi setiap nyawa yang terkorban, dianggarkan 135 ahli keluarga atau rakan-rakan akan mengalami impak secara emosi, sosial dan ekonomi.

Menurut Lukanisman, salah satu inisiatif pencegahan tingkah laku bunuh diri oleh KKM adalah melalui Program Malaysia Suicide Awareness Voice of Hope (MySAVE) bertujuan mengukuhkan lagi pelaksanaan aktiviti pencegahan tingkah laku bunuh diri di peringkat kebangsaan dalam kalangan masyarakat.

Pada masa sama, katanya, pegawai perhubungan awam dan pengamal media memainkan peranan penting dalam penulisan dan pelaporan berkaitan dengan tingkah laku bunuh diri.

Jelas beliau, cara pelaporan tentang tingkah laku bunuh diri boleh memberi kesan positif atau negatif kepada masyarakat sekali gus boleh menimbulkan rasa takut, marah, bersalah, atau malu kepada keluarga atau rakan-rakan terdekat mangsa serta mereka yang terkesan akibat kejadian tersebut.

“Pelaporan tingkah laku bunuh diri dengan cara berhemah, sensitif dan bertanggungjawab boleh membantu mencegah tragedi tersebut daripada berulang, mengurangkan stigma dan diskriminasi terhadap orang-orang yang mengalami masalah mental terutamanya mereka yang mempunyai tingkah laku bunuh diri.

“Sebaliknya, jika pelaporan tentang bunuh diri dengan cara yang tidak berhemah, sensasi, atau tidak bertanggungjawab, ia boleh membawa kepada kesan negatif iaitu seperti ‘suicide contagion’ atau peniruan cara bunuh diri dan normalisasi perbuatan bunuh diri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya