'Kerjasama pelbagai agensi di Kemboja lancar usaha selamatkan mangsa'

‘Kerjasama pelbagai agensi di Kemboja lancar usaha selamatkan mangsa’

HISHAMUDDIN HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kerjasama akrab Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dengan pasukan polis di Kemboja selain bantuan Kedutaan Besar Malaysia di ibu kota Phnom Penh menjadi asas utama kejayaan menyelamatkan ramai mangsa pemerdagangan orang di negara itu.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, ini termasuk kolaborasi pelbagai organisasi tempatan terutama Global Anti-Scam Organisation (GASO) iaitu pertubuhan yang ditubuhkan di Amerika Syarikat dalam usaha menyelamatkan mangsa penipuan rentas sempadan seluruh dunia.

“Kerjasama dengan MHO membolehkan kita dapat selaras urusan logistik selain bantuan komunikasi pelbagai pertubuhan setempat dan ramai tenaga sukarelawan.

“Polis Nasional Kemboja juga aktif menolong sejurus pasukan keselamatan itu menerima maklumat lokasi mangsa,” katanya selepas menyambut tiga mangsa jenayah pemerdagangan manusia itu tiba dari Phnom Penh di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, hari ini.

Situasi berkenaan ujarnya, jauh berbeza daripada Myanmar yang cukup sukar mendapat bantuan pihak berkuasa ekoran negara itu sedang bergolak dilanda perang saudara.

Apatah lagi semua lokasi jenayah itu dikawal ketat oleh pasukan bersenjata dan kawasan berkenaan juga langsung tiada undang-undang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya