SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan sehingga kini menunaikan sehingga 95 peratus manifesto Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan yang ditawarkan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN), setahun lalu. Sebahagian inisiatif yang ditunaikan itu termasuk di bawah Skim Sejahtera Rakyat iaitu bantuan perkahwinan sebanyak RM500 kepada setiap seorang anak-anak Negeri Sembilan yang mendirikan rumah tangga kali pertama dan sumbangan keceriaan tahunan sebanyak RM200 kepada warga emas berusia 70 tahun ke atas. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, usaha akan dilakukan supaya kesemua inisiatif yang dijanjikan dapat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya