PETALING JAYA: Kerajaan berhasrat meningkatkan kadar pembangunan Taman Perindustrian Halal sekali gus menjadikan Malaysia sebagai pusat utama industri halal di dunia. Perkembangan itu dikongsikan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu selepas menghadiri Mesyuarat Task Force Penambahbaikan Taman Industri Halal yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, hari ini. Menurut beliau, mesyuarat dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal. “Kerajaan berharap dapat meningkatkan kadar pembangunan Taman Perindustrian Halal dan menjadikan Malaysia sebagai pusat utama industri halal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya