Kempen Kamala Harris kumpul RM2.19b

Kempen Kamala Harris kumpul dana kempen RM2.19b

JOE Biden mengangkat tangan Kamala Harris dalam Konvensyen Demokrat yang berlangsung di Chicago, Amerika Syarikat.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHICAGO: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris berjaya mengumpulkan sebanyak AS$500 juta (RM2.19 bilion) hasil daripada penderma yang menyalurkan dana untuk kempen Pilihan Raya Presiden AS November ini.

Menurut sumber kepada Reuters, jumlah tersebut mencerminkan semangat dermawan rakyat negara ini dan sokongan terhadap beliau yang mewakili Parti Demokrat menjelang pilihan raya pada 5 November nanti.

Empat sumber yang terlibat dalam usaha pengumpulan dana tersebut memberitahu Reuters, wang berkenaan berjaya dikumpul hanya dalam tempoh empat minggu sejak beliau dicalonkan Presiden, Joe Biden pada 21 Julai lalu.

Dana kempen penting untuk iklan dan usaha menarik rakyat untuk mengundi selain boleh mempengaruhi pengundi atas pagar.

Pada minggu pertama selepas pencalonan, Harris mengumpul sebanyak AS$200 juta (RM875 juta), sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai calon Presiden Parti Demokrat.

Pasukan kempen beliau bulan lalu sahaja merekod sumbangan AS$310 juta (RM1.36 bilion), menjadikan jumlah keseluruhan dana diterima Parti Demokrat sejak pencalonan Biden kepada lebih AS$1 bilion (RM4.4 bilion), nilai terbesar paling pantas pernah dikumpul dalam sejarah pilihan raya negara ini.

Kempen Trump pula meraih derma sebanyak AS$138.7 juta (RM607 juta) pada bulan lalu, menjadikan jumlah terkumpul dana sebanyak AS$327 juta (RM1.43 billion).

Selain mendapat sokongan padu Biden, kemunculan bekas Presiden, Barack Obama pada Konvensyen Nasional Demokrat yang sedang berlangsung juga, dilihat mampu menarik lebih banyak perderma bagi kempen Harris. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN