KUALA LUMPUR: Keluarga bekas model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu telah memfailkan permohonan agar penganalisis politik, Abdul Razak Baginda diisytiharkan muflis selepas gagal membayar ganti rugi termasuk faedah berjumlah hampir RM9.25 juta. Permohonan kebankrapan tersebut difailkan pada 4 Julai lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Jumlah tersebut membabitkan jumlah ganti rugi RM5 juta, faedah 5 peratus yang dikira daripada tarikh saman difailkan sehingga tarik notis kebankrapan difailkan berjumlah RM4,248,282.06 dan kos sebanyak RM25,000. Pada 16 Disember 2022, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Vazeer Alam Mydin Meera (kini Hakim Mahkamah Rayuan)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya