Kelelahan melampau, Sweet Qismina akur jumpa doktor - Utusan Malaysia

Kelelahan melampau, Sweet Qismina akur jumpa doktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Sweet Qismina disahkan mengalami kelelahan melampau menyebabkannya mempunyai gejala demam, batuk, dan sakit kepala sejak kelmarin.

Menurut Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, 27, jadual kerja sehingga Subuh setiap hari menjadi faktor utama keadaan kesihatan pelakon itu makin merosot.

“Alhamdulillah saya okay, cuma kelelahan. Penggambaran habis selepas subuh hampir setiap hari.

“Selalunya okay sahaja tapi hari ini tumbang. Tidur pukul 7:30 pagi kemudian bangun pukul 12 tengah hari untuk penggambaran pukul dua petang,” tulisnya menerusi satu hantaran di InstaStory. 

Gusar melihat keadaan Sweet semakin lemah, suami yang juga pelakon, Adam Lee mengajak pelakon Adam Chempaka itu mendapat rawatan semalam. 

“Adam kata satu katil panas teruk kerana haba. Dia paksa saya pergi ke klinik untuk dapatkan ubat antibiotik. 

“Cuma pasukan penggambaran hari ini kena tunggu saya lama sedikit sebab pergi klinik saat akhir. 

“Sekarang tengah cuba lawan dan fokus dengan kerja sebab saya wanita yang kuat. Sedang alami demam, sakit tekak, batuk, selsema dan sakit badan,” tulisnya yang sedang menjalani penggambaran sebuah kempen.

Dalam hantaran milik suami yang juga pelakon Adam Lee, turut menunjukkan Sweet sedang berada dalam bilik doktor dengan kapsyen ringkas: 

‘Sayang kuat, Alhamdulillah Allah uji sayang. Semoga cepat sembuh’. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya