BALIK PULAU : Seorang lelaki ditahan kerana menjadi keldai akaun selepas memperdaya seorang mangsa sehingga menyebabkan kerugian lebih RM70,000 dalam satu urusan pelaburan, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek berusia 42 tahun itu ditahan selepas mangsa yang juga seorang lelaki membuat laporan polis di Bayan Lepas, baru-baru ini. Katanya, mangsa sebelum itu telah tertarik dengan iklan pelaburan yang dimuat naik ke dalam laman Facebook dan telah berhubung dengan seorang perempuan melalui aplikasi Whatsapp. “Mangsa seterusnya telah membuat beberapa transaksi secara dalam talian ke…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya